Adakah anda masih gemar online sehingga lupa untuk melaksanakan solat 5 waktu? Tujuan saya menulis nota ini untuk mengingatkan anda kembali atau sesiapa sahaja yang belum mengetahui "asal usul solat 5 waktu kepada umat Islam".Sesungguhnya setiap ibadat itu ada hikmahnya TETAPI mengapa masih ada di kalangan kita tidak mahu melakukan solat??? Mengapakah kerana kejahilan ilmu mereka itu menyebabkan mereka malas melakukan SOLAT?Adakah anda masih gemar online sehingga lupa untuk melaksanakan solat 5 waktu???AWAS!Jika anda masih belum solat,saya sarankan anda semua pergi bersolat terlebih dahulu, kemudian barulah sambung baca nota yang saya tuliskan ini.
Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram berada dalam keadaan aman maka dirikanlah sembahyang itu dengan sempurna sebagaimana kebiasaannya. Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman dan pada waktu yang tertentu.
[Surah An-Nisaa, ayat 103]
AWAS!!!Jika anda masih belum berzikir dan istighfar setiap hari,saya sarankan anda semua hentikan membaca nota saya ini.Pergilah berzikir dan beristighfar terlebih dahulu. Sekiranya sudah selesai semua perkara itu,barulah anda sambung membaca nota ini. Kerjasama anda amatlah dihargai. Hasilnya untuk kebaikan diri anda sendiri.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman, dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
[Surah An-Nisaa, ayat 142]
Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Dengarkanlah wahai umat Muhammad, solat lima waktu akan memberikan perlindungan ketika hari pembalasan kelak.Sebagai umat Islam,anda perlu mengetahui "Sejarah Asal Usul Solat 5 Waktu",MAHUKAH ANDA MENGETAHUINYA???SUDAHKAH ANDA MELAKSANAKAN SOLAT?atau anda masih online sibuk berdakwah sehingga terlupa untuk melakukan SOLAT?Jangan berlengah lagi...
BERSOLATLAH ANDA SELAGI DIBERI NIKMAT NAFAS KEHIDUPAN SETIAP SAAT....
BERSOLATLAH ANDA SEBELUM ANDA DISOLATKAN KETIKA KEMATIAN ANDA (jenazah disolatkan)...
SAMBUTLAH SERUAN AZAN SEBELUM KAMU DIIRINGI KE KUBUR (jenazah ditanamkan)
Sejarah Asal Usul Solat 5 Waktu kepada Umat Islam
Subuh: Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam A.S. ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam A.S. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama - Tanda syukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam
Rakaat kedua - Tanda syukur kerana siang telah menjelma
Zohor: Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim A.S. iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Seruan kepada Nabi Ibrahim A.S. itu datang pada waktu tergelincir matahari lalu sujudlah Nabi Ibrahim A.S kepada Allah S.W.T.
Rakaat pertama - Tanda syukur bagi penebusan
Rakaat kedua - Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat ketiga - Tanda syukur dan memohon akan keredhaan Allah S.W.T
Rakaat keempat - Tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas
Asar: Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada 4 kegelapan iaitu:-
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun
Maghrib: Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kedegilan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukurnya Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu:-
Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat ketiga : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah S.W.T semata-mata, tiada dua atau tiga.
Isyak: Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T menghilangkan semua perasaaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.
Jika anda ingin mengetahui mengenai rahsia berwuduk,bolehlah baca nota saya yang lepas melalui tajuk, "Rahsia BERWUDUK dari Sudut Kesihatan Manusia"..cari sehingga jumpa dan sebar-sebarkanlah...
Anda semua harus ingat dan teruslah saling ingat-mengingati sesama manusia,kini saya pasti di tempat anda setiap hari hujan turun???Masihkah anda ingat kejadian banjir di Perlis dan Kedah pada awal bulan November?Kini ianya tidak mustahil akan berlaku di tempat anda tidak lama lagi...Inilah kuasaNYA untuk menyedarkan manusia!
Hujan itu turun dengan lebatnya sehingga anda khuatir banjir akan berlaku di tempat anda. Ingatlah,sejauh mana anda kaya,ADAKAH HARTA ITU ANDA GUNAKAN UNTUK BERSAMA MEMBANTU PALESTIN berperang dengan israhell?sebaliknya,anda gunakan untuk keseronokan duniawi anda..
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan betapa banyak generasi umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal generasi (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan kepada mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.
[Surah Al-An’am,ayat 6]
Anda semua harus ingat,kini bukannya masa untuk keseronokan duniawi.Allah s.w.t cipta manusia dari tanah,ALLAH MAHA MENGETAHUI,Tanah memerlukan air setiap waktu,dalam sehari kita bersolat 5 kali, sebelum bersolat perlulah berwuduk,kerana itulah ibadat Islam ada kaitannya dengan air.Mungkin kerana ada di kalangan anda yang tidak mahu air (melalui berwuduk),maka hadirlah banjir untuk menyedarkan anda supaya berubah...Namun apa yang berlaku selepas itu? Anda masih melakukan kemungkaran dan ingkar perintah Allah s.w.t. seolah-olah dunia ini milik anda.
Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.
Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:
1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA
Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..
Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI,
Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.
2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah
Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)
Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.
3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.
0 komentar:
Posting Komentar